Pengumuman dari GOLDCABLE

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera tuan-tuan,

Memandangkan semakin ramai ahli yang cuai dengan memberikan no. akaun yang tidak betul dan dalam masa yang sama tidak memberikan email dan no telefon.


Pihak kami menghadapi masalah mengesan ahli-ahli yang berkaitan walaupun telah disiarkan nama mereka di blog DD Easy Malaysia.

Ini menunjukkan gambaran berikut;

  1. Semasa mendaftar, ahli baru tidak diberi penerangan dengan lengkap oleh pengenal,
  2. Ahli baru tidak tahu wujudnya blog yang boleh membantu mereka,
  3. Ahli mengambil sikap sambil lewa dan mengharap pihak lain membetulkan kesilapan mereka.
Dengan itu, mulai 2hb Januari 2013, Gold Cable TIDAK akan melayan pengeluaran yang dilakukan tanpa mengikut garis panduan yang terkandung di dalam blog.

Garis panduan itu sangat mudah dan ianya adalah untuk membantu semua pihak agar proses bayaran dapat dilakukan dengan sempurna. 

Apa yang kami kesalkan, ahli yang melakukan kesilapan, kami juga yang dipersalahkan dengan tuduhan sengaja tidak mahu membayar dan tidak kurang kami menerima ugutan ahli akan membuat laporan polis.

Kerjasama tuan-tuan sangat saya perlukan agar tidak timbul sebarang perkara yang tidak diingini.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment